Pengalaman

Yakin Dengan Allah Doa Kita Pasti Dikabulkan!

Yakin Dengan Allah Doa Kita Pasti Dikabulkan!

Semalam sebelum tunggu mata nak lelap,kak fara sibuk scroll facebook. Scrol punya scroll kak fara terbaca satu kisah yang hebat perkongsian dari seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anaknya.

Perkongsian dia buat kak fara terdetik dan kerdil bahawa Allah itu Maha Kaya dan tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNya. Sejurus habis baca kisah dia,tiba-tiba air mata kak fara mengalir.

Sedih sebab selama ni kak fara sendiri pernah merasa ragu-ragu dan tidak yakin bahawa Allah itu Maha Mengabulkan setiap permintaan hambaNya hatta sekecil zarah pun.

Sebelum tu, jom mommies baca kisah ibu ni.

Yakin dengan doa kita.

2 minggu lepas , pada 13.1.2018 saya kena serah diri ke hospital sebab saya ada GDM dan dah overdue. Malam tu , beberapa doktor datang cek dan buat soal siasat sikit utk dptkn history. Cek baby , dr kata besar. Anggaran 3.8. mengikut ketinggian dan masalah yg sy hadapi berisiko utk bersalin normal.

Malam tu , sy dh rasa contraction tapi x kuat. Pagi 14.1.2018 , dr induce kali pertama. Terus hilang rasa contraction. Dr. Shift baru dtg cek lagi dan bgtau sy berisiko bersalin normal.

Jumpa pakar , pakar cakap benda yg sama. Saya diberi pilihan , normal atau czer tapi mereka mmg push sy utk czer.

Antara risiko bersalin normal ,1. bahu baby terpaksa dipatahkan kalau baby sangkut 2. Baby akan cacat seumur hidup 3. Otak baby xkan berfungsi 4. Baby akan mati semasa proses nak dikeluarkan. Ada lagi risiko utk ibu.

Sy bincang dgn suami dan pilih utk normal delivery walaupun hati sy tak kuat. Sy takut dengar apa yg dr. Bgtau sy. Dr dan pakar dtg jumpe sy beberapa kali pujuk sy utk czer tp sy kata nak normal.

Sy siap bernazar utk pilihan yg sy buat dan sy tawakal sepenuhnya pada Allah.

Sy yakin , di saat xde manusia yg boleh bantu , Allah pasti bantu dan tambahan pula sy teringat kata2 ustaz iqbal bila mana Allah gerakkn lidah kita utk meminta , maknanya Allah nak kabulkan permintaan kita.

Sejak saya pregnant , antara doa yg sy tak pernah miss adlh supaya Allah mudahkan saya bersalin normal tanpa komplikasi semasa dan selepasnya.

Saya juga doa datangkan dr.2 perempuan utk sambut anak saya nanti.

Petang jam 5 ptg , sy di induce kali kedua dan sakit contraction mula terasa. Jam 9.30 mlm dr dtg cek , jam 9.45 mlm , sy turun labor room , sampai labor room , semasa nurse tgh siap2kn sy , sy bgtau sakit sgt dan saya nak teran.

Tak sempat dr nak cucuk epidural , tak sempat dr nak epi , dgn 2 kali teran , sy dh bersalin. Tepat jam 10 malam. Berat baby 3.75kg. Tiada kuning dan esoknya dah discharge.

Allahu , bersyukur amat sy. Rasa dipermudahkan segalanya. Alhamdulillah.

Kesimpulannya , yakinlah dengan apa yg kita minta pada Allah. Bila kita dah meminta , yakinlah Allah akan makbulkan.

Inilah anak bujang dan anak dara saya.

Ahmad Al-Fateh Mohd Faisal
Nur Dhuha Mohd Faisal

Sedih tak mommies?

Dah jangan sedih-sedih sangat ye mommies, lepas ni kita sama-sama ubah diri kita supaya sentiasa yakin bahawa Allah itu sentiasa mendengar doa kita walaupun sebesar kuman.

Selamat beramal mommies!

Sumber: Nur Aziatulnadia Roslan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *